Gold Clock

Wednesday, 30 November 2011

Pantun Kanak-Kanak

SANG KANCIL MENIPU HARIMAU

Harimau: (suara meninggi) Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada.
Sang Kancil : (terperanjat) Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak? (lalu berdiri dengan cepat)
Harimau: (suara meninggi) Aku hendak makan kamu.(sambil mengangkat kaki hadapannya dan membuka mulutnya.)
Sang Kancil: Nak makan aku? Eh, sekarang tidak boleh, harimau...Aku telah diperintahkan oleh raja Sulaiman supaya menunggu benda ini. (sambil menunjuk ke arah sarang tebuan itu)
Harimau: (kehairanan sambil melihat sarang tebuan) Apa benda itu?
Sang Kancil: Oh, ini gong Raja Sulaiman. Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila baginda hendak ke hutan.
Harimau: Hmm...tentu sedap bunyi gong raja ya.
Sang Kancil: Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira.
Harimau sangat ingin mendengar bunyi gong raja itu dan meminta Sang Kancil memalunya tetapi Sang Kancil menolak permintaan harimau. Sang Kancil memberi alasan yang tugasnya hanya untuk menunggu dan bukan memalu gong itu.
Harimau: (sambil merayu) Tolonglah Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Sekali pun cukuplah. Lagipun, baginda tiada di sini.
Sang Kancil: Eh, tidak boleh, harimau. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tidak jujur.
Harimau: Kalau begitu, biarlah aku yang memalunya.
Sang Kancil terdiam seketika tetapi berasa sungguh lega. Harimau telah termakan helahnya.
Sang Kancil: Baiklah, harimau. Jika kamu hendak memalu gong raja ini, biarlah aku pergi jauh dari sini.
Sang Kancil memberikan sepotong kayu kepada harimau. Dia meminta harimau memalu gong itu setelah mendengar arahan daripadanya. Kemudian, Sang Kancil pergi jauh dari situ.
Sang Kancil: (berteriak dengan kuat) Harimau, palu!
Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Apabila sarang tebuan itu dipalu, kesemua tebuan itu keluar dan menyengat harimau.
Harimau: (mengaum dengan kuat)Aummm!
Harimau menjerit kesakitan kerana tebuan itu telah menyerang seluruh tubuhnya. Dia berlari dengan pantas tetapi tebuan-tebuan itu terus mengejarnya. Mujurlah harimau terjumpa sungai. Harimau pun terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan diri.

Tuesday, 29 November 2011

KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar dengan penuh perhatian dan membezakan jenis suara di persekitaran ( Contoh : Ketawa, menjerit , menangis)
Murid mendengat rakaman suara dan menunjukkan mimik muka berdasarkan rakaman suara yang di perdengarkan.
Mengenal pasti dan membezakan intonasi suara tinggi dengan rendah, dan perlahan dengan kuat. - Nyaniyan lagu negaraku, negeri Perak, sekolah

.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Berinteraksi dengan mesra dan menyatakan permintaan dengan sopan
Contoh : " Boleh saya bermain dengan awak?"
Memberikan arahan kepada rakan secara bertatasusila - murid menyatakan arahan kepada rakan secara bertatasusila: " Sila duduk " "Tolong diam" "Sila beratur"
Bersoal jawab dengan rangsangan yang diberi dengan menyoal menggunakan sebutan yang betul dengan bimbingan guru- menyoal rakan mengenai anggota badan manusia dengan sebutan yang betul.
Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuai- bercerita tentang peranan ahli keluarga semasa di rumah.
Contoh
  • Ibu memasak/mencuci
  • Bapa mencuci kereta
Bersoal jawab secara bersopan
Menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah.
Main peranan mengikut situasi dengan menggunakan bahan yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan bimbingan.
Contoh: Berlakon situasi ahli keluarga di rumahpada hujung minggu-Ayah membaca surat khabar.

MEMBACA SUKU KATA TERBUKA

Membunyikan satu persatu suku kata dan mencantum untuk menjadi perkataan dan ayat untuk di baca.
Menjadikan pengajaran lebih menyeronokkan dan lebih menarik minat murid untuk mempelajari pengajaran yang di sampaikan oleh guru.
Murid berasa yakin dan mudah memahami kerana menggunakan animasi yang bersesuaian dengan tahap penaakulan mereka.

TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA MALAYSIA ( KEMAHIRAN MEMBACA)

Kemahiran Membaca

Mengenal bentuk huruf A-Z
Menyebut huruf secara rawak ( contoh: B,G,H,I,K dan ...)
Mengenal huruf dan membunyikan huruf A hingga Z dengan sebutan yang betul.
Menyebut dan mengeja huruf satu persatu sehingga Z.
Membuat penilaian dengan mengadakan kuiz berkaitan huruf yang diajar.